Wednesday, September 7, 2011

Kontrak dalam Muamalat Islam

Alhamdulillah kali ini kita berkesempatan berkongsi sedikit mengenai unsur-unsur larangan oleh syarak yang terdapat dalam urusan insurans. Sebelum kita terus mengetahui apakah unsur-unsur tersebut, eloklah kiranya jika kita faham dulu apa yang dimaksudkan dengan kontrak dlm muamalat (urus niaga) dalm Islam secara ringkas.


KONTRAK DALAM MUAMALAT ISLAM



Islam amat menekankan kontrak (akad) dalam muamalat islam. Ini kerana, kontrak ini merupakan bukti terhadap wujudnya kerelaan atau consent of parties involved. Tanpa kontrak atau ikatan yang sah antara pihak yang terlibat, maka sesuatu transaksi dianggap tidak berlaku.



Allah berfirman yang bermaksud;


"Melainkan yang halal (kamu makan) bahawa harta benda perniagaan itu, dilakukan rela sama rela antara kamu"


Surah an-Nisa' 4:28

Kontrak jual beli biasanya merupakan kontrak yang paling lazim atau menjadi kebiasaan dalam muamalat kita dan boleh dikatakan sebagai asas bagi kontrak-kontrak yang lain. Allah membenarkan kontrak jual beli merujuk kepada Surah Al Baqarah (2): 275 yang bermaksud:

"Dan Allah telah membenarkan jual beli"

Perlu diingat bahawa dalam setiap urusniaga atau muamalat kita sebagai seorang Islam, terdapat beberapa rukun dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi. Hukum urusniaga menjadi tidak sah sekiranya rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipenuhi.

Antar rukunnya ialah:

i) Penjual dan Pembeli
ii) Sighah (ijab & kabul)
iii) Ma'qud Alaih (Barang & Harga)

Sebagi contah syarat-syarat barang yang perlu dipenuhi ialah:

i) Wujud semasa jual beli
ii) Harta yang bernilai dan bermanafaat
iii) Milikan sah
iv) Mampu untuk diserahkan
v) Mengetahui kuantiti, jenis dan sifat

Jadi, apa persoalan dan kaitannya dengan insuran?

Persoalan dalam urusniaga insurans ialah tentang ciri-ciri barang mengikut syarak yang tidak dipenuhi syaratnya. inilah yang menjurus kepada wujudnya unsur gharar (akan di terangkan kemudian.....)


Tuesday, September 6, 2011

"See You in Court"

Meow..!! Meow..!!


Ada sesiapa dapat interprete bahasa tersebut? Is there any court interpreter who can communicate with the victim? Who are the victims?

These are the victims:



(gambar hiasan)


Mungkin nama si comel ni "tompok"..mungkin jugak "comel"...Barangkali "mei mei"...



Apa isu kali ini??


Isu kali ini melibatkan penderaan yang amat serius terhadap haiwan peliharaan. Beberapa hari sebelum ini, beberapa buah akhbar tempatan telah melaporkan kes penganiayaan atau penderaan terhadap haiwan peliharaan oleh sebuah pusat penjagaan haiwanyang beroperasi secara haram tanpa permit. Dilaporkan Petknode Cat Boarding Centre yang terletak di Damansar Damai tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan untuk menjaga kucing-kucing pemilik yang pulang beraya ke Kampung sempena aidilfitri yang lalu. Premis berkenaan di arah tutup.


Jika diimbas kembali kejadian pada Julai yang lalu, seorang penjaja wanita telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan menzalimi binatang. Beliau telah membangkitkan kemarahan masyarakat tempatan apabila aksinya mendera 3 ekor kucing disiarkan di laman You Tube.



Wanita berkenaan mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan terhadap beliau dan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM400 oleh Mahkamah MAjistret.


Seksyen 44 (1) (a) dan (d) Akta Binatang 1953 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 6 bulan atau denda maksimum Rm 200 atau kedua-dua sekali.

Merujuk kepada berita yang disiarkan pada 6 Sept 2011 oleh Utusan Malaysia, peruntukan denda yang sedia ada terhadap pesalah tidak lagi relevan untuk mengingatkan atau memberi kesedaran kepada mereka. Perbincangan mengenai pindaan pada Akta tersebut sudah diperingkat akhir dan akan dibentangkan di Dewan Rakyat tidak lama lagi.




Seperti biasa dilaman ini, saya suka untuk mengajak anda semua untuk sama-sama berfikir. Peruntukan undang-undang telah tersedia dan menanti masa untuk pindaan kepada hukuman yang lebih berat. Jadi, andai masih lagi ada kezaliman terhadap binatang selepas ini, siapa yang sepatutnya dipersalahan?




a) Pemilik kucing?


b) Premis penjagaan?




Pada pendapat saya, pemilik kucing patutnya lebih bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan haiwan peliharan anda terjamin terutamanya soal makanan dan tempat tinggal. Anda membela binatang dan anda lah yang bertanggungjawab untuk menjaga mereka. Premis penjagaan pula seharusnya tidak focus kepada keuntungan semata-mata tanpa memikirkan
keperluan haiwan-haiwan tersebut.




Jika dianalogikan dalam kehidupan manusia sekalipun, seorang anak angkatlebih senang jika bapa dan ibu angkatnya yang menjaga makn pakainya kerana itu tanggungjawab mereka. Bukan di hantar pula kepada orang lain untuk dijaga. Jika tidak mampu, usah sesekali cuba memegang tanggungjawab..

Akhirnya, sama-samaalah kita renungkan, bukan kita sahaja yang menuntut hak. Malah, haiwan juga ada hak-hak mereka. Jika di dunia mereka tidak dapat menuntut hak mereka, maka di 'dunia' sana kita takkan terlepas. Sebahagian daripada kesejahteraan kita di dunia ini adalah sumbangan doa-doa dan zikir mereka kepada Allah untuk kita....



Monday, September 5, 2011

Offer letter from PNB...berhenti kerja?




Pada 29 Ogos 2011, aku ditawarkan untuk mengikuti skim latihan 1Malaysia (investment Bridging) untuk graduan lepasan ijazah yang terpilih di bawah kelolaan Syarikat pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tarikh pendaftaran adalah pada 19 Sept 2011. Antara subjek dalam kelas yang ditawarkan adalah:


i) Unit Trust Products


ii) Unit Trust - Theory & Practice


iii) Islamic Banking & Finance


iv) Business Etiquette & Grooming Workshop


v) Malaysian Finacial Market & Industry


vi) English at Work


vii) Creative Thinking & Problem Solving Skills


viii) Analyzing Finacial Statement


ix) Finance for Non Finance


x) Cents and Sensibility




Semua kursus yang di tawarkan tidak ada kena mengena langsung dengan undang-undang dan di ajar selama 2 bulan sahaja sebelum diserapkan ke jabatan-jabatan atau anak syarikat pelaburan di bawah Syarikat PNB untuk menjalani sesi on job training.


Kalau di peringkat ijazah dulu 10 subjek tu conducted within 2 semester aka 1 year but this programme 2 bulan jer to read the whole things...mencabar tuh...


It's hard to make a decision actually...sebab...i have to quit my current job..haha..


Tapi selepas mintak sedikit nasihat daripada mereka yang berpengalamn, i decide to register for the programme..(Padan muka...LLB xnak join..hehe)




For those friends who will register your LLB (hons) this Friday...All the Best and Keep on upholding the JUstice!!




JUSTICE DELAYED....JUSTICE DENIED!! Go! Go! Future Lawyer...

Sunday, September 4, 2011

Pendapat Ulama Terhadap Insurans

sambungan...
Disclaimer : Maklumat adalah berdasarkan pembacaan dan pengalaman penulis. Penulis tidak akn bertanggungjawab atas sebarang kerugian berpunca daripada maklumat yang disampaikan

Seperti yang di janjikan, entry kali ini akan berkisar sedikit mengenai insurans. Alhamdulillah setelah hampir 2 bulan berkerja di sebuah agensi Takaful Malaysia, banyak perkara baru dapat dipelajari selain peruntukan undang-undang berkaitan. Untuk entry kali ini, kita akan berkongsi sedikit informasi tentang institusi ekonomi yang berasakan prinsip bersaling yang kita namakannya insurans. Insurans dibentuk bertujuan menubuhkan dana am. Keperluan insurans timbul daripada berlakunya risiko yang tidak dijangka yang mana kebarangkalian berlakunya boleh dianggar dengan munasabah.

Dari segi kewangan pulak, ia bolehlah didefinisikan sebagai pengaturan kewangan yang mengagihkan semula kos kerugian luar jangka. Perlu ke kita tahu semua ni? Perlu ke kita kesah semua ni? Aiman pun x kesah ye tak? Aiman tak kesah mungkin dia guna kereta atau motor bapak dia. Tiap-tiap tahun bapak dia renew insurans. Satu sen pun dia tak payah keluarkan. So, yang mana guna kereta mak bapak tu, x payah baca, buang masa je...tapi kalau nak ambik tahu untuk kegunan masa depan...silakan..

Di Malaysia, terdapat sekurang-kurangnya 12 buah syarikat insurans konvensional yang mempraktikkan beberapa jenis insurans antaranya insurans Am, insurans hayat dan insurans komposit. Bagi syarikat insurans am, ia didaftarkan di bawah Akta Insurans 1996 untuk menjalankan urusan insurans am sahaja. (nak tahu lebih mendalam boleh rujuk perundung kewangan syarikat insurans)

Pada entry ini saya lebih tertarik untuk berkongsi maklumat mengenai insurans dalam konteks kita sebagi umat Islam. Ada orang kata insurans ni hukum dia haram? betul ke? macam mana boleh haram?

Konsep insurans dari perspektif islam mula dibicarakan oleh "Ibnu Abidin" atau nama beliau Syeikh Muhammad Amin berkaitan insurans perkapalan di zaman Khalifah Othmaniah. beliau berpendapat bahawa bentuk insurans pada masa itu tidak dibenarkan syarak.
Majlis Fatwa Kebangsan Malaysia telah bersidang pada tahun 1972 memutuskan bahawa insurans adalah muamalat yang fasid (rosak/ tidak sah) kerana mengandungi unsur-unsur gharar (uncertainty), maisar (gambling) dan riba.

Kontrak insurans konvensional yang berasaskan kepada penjualan polisi antara pemegang polisi atau pihak yang diinsuranskan dan penaggung insurans menjadi sebab utama kenapa insurans konvensional diharamkan.

Persidangan Majlis Tertinggi Ulama di Mekah, Arab Saudi, Akademi Fekah Islam (Majma' al-Fiqh), pada tahun 1985 telah mencadangkan sistem takaful yang mengikut syariat Islam. Atas kesedaran tersebut, maka kontrak tabarru' diperkenalkan untuk menghindari unsur-unsur gharr dan maisar.

Mungkin ada yang kurang jelas tentang ini. Untuk entry yang akan datng, jika saya berkesempatan, insyaAllah kita akan kongsi lagi tentang unsur-unsur yang dilarang dengan sedikit penjelasan. Apa yang perlu kita tahu buat masa ini, bukan babi dan anjing sahaja yang haram. Dalam muamalat atau urus niaga pun ada halal haram. Mungkin akan ada yang berseloroh...'Kalu macam tu samak je lah kereta or motor tu dengan air tanah...'

Hukum bukan boleh dipermainkan....




Thursday, September 1, 2011

Belajar Bersyukur...


Salam aidilfitri buat semua bloggers dan mereka yang sudi singgah ke laman ini..




Hari ini, Jumaat, 4 Syawal..Mungkin kebanyakan daripada kita masih lagi dalam mood beraya..Ada yang tengah bersiap2 untuk berkunjung ke rumah sanak saudara. Ada yang mungkin dalam perjalanan menghadiri rumah terbuka rakan taulan. Moga perjalanan anda selamat hendaknya. Bagi ibu bapa yang tengah mengira duit raya anak-anak, jangan pulak pow sepuluh dua..Simpanlah untuk masa depan anak anda..(pesanan daripada PTPTN).hahaha..


Alhamdulillah, raya kita tahun ni seiring dengan sambutan hari kemerdekaan negara yang ke 54..kalau manusia, 54 tahun dah di kira tua, dah nak pencen dan berstatus warga emas..tapi syukur ke hadrat Ilahi kerana Malaysia masih lagi "sihat walafiat", masih lagi gagah mengorak langkah walaupun kadang-kadang berpinar pening nak rebah dek perangai warganya yang tidak pandai bersyukur.


Bersyukur ni banyak caranya..paling tidak pun ucaplah AlhamDuLiLLah...

Dengan cara memerhati pun kita boleh timbulkan rasa syukur kita...Cuba perhatikan sambutan raya contohnya di Kota Bharu, Ipoh, Alor Star, Kulim, Kuantan, Mogadishu...Semua warga bergembira dengan pakaian baru dan juadah raya yang pelbagai..ada lemang, ketupat, semperit, elmond london dan macam-macam lagi lah..Dah kenyang pun belum abis senarai kuih muih nak makan..



Opps...ada saya mention Mogadishu ke td?? Di mana 2? Kedah?Perak?Pahang?Lantaklah..bukan kita ambik tahu pun kan...mana-mana je...

Dan bagi mereka yang nak ambik tahu....Jom kita tinjau saudara kita di sana menyambut aidilfitri...Tidak perlu kata2 yang panjang lebar untuk menerangkan betapa syukurnya mereka mendapat setitis air paip untuk hilangkan dahaga.


Berbanding kita yang boleh memilih untuk minum minuman kesukaan di lebaran yang mulia..

Nak air apa semua ada..Kalu tidak cukup, Giant ada, Tesco ada..merempit je pegi beli... Kalau di Malaysia, orang kita mati sebab terlebih makan, tapi di daerah Somalia, yang rata-rata penduduk adalah yang mengucap dua kalimah syahdah, mati di sebabkan kebuluran. Cuaca panas kering yang menyebabkan kemarau di tambah pula perang saudara yang tercetus menambahkan lagi kesengsaraan penduduk..Ada antara mereka yang berjalan kaki berbatu-batu dari perkampungan ke Mogadishu untuk 'beraya'.


Bagi mereka yang mempunyai rezeki lebih, mungkin anda tahu apa yang patut anda lakukan..tak payah nak di ajar..Yang asyik nak mengkritik, duduk lah diam-diam, kalau berdoa untuk mereka atas sejadah pun kita tak mampu nak sumbangkan..


Dah...malas cakp banyak...Salm aidilfitri...





Thursday, August 25, 2011

Salah Siapa?

Pada 3 Ogos yang lalu, kita digemparkan dengan berita serbuan pihak berkuasa agama negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang terletak di Petaling Jaya. Sekali lagi negara kecoh dengan persoalan masih ada golongan yang cuba untuk memurtadkan penganut Islam. Isu ini sangat besar kerana selain merupakan isu agama, ia juga dapat memberi kesan negatif pada keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang agama. Memandangkan ini adalah isu sensitif, maka perbincangan pelbagai pihak terutama yang terlibat secara langsung sangat perlu bagi memastikan hubungan antara kaum tidak akan terjejas.

Kita sedia maklum bahawa Perkara 11 Perlembagan Persekutuan menjamin hak kebebasan beragama di negara kita. Akan tetapi, dalam konteks penyebaran agama, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya agama atau sebarang kepercayaan lain yang bertentangan dengan ajaran Islam disebar kepada umat Islam. Ini jelas dipertahankan di bawah Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.



Berbagai-bagai tuduhan dilemparkan kepada penganut Kristian mengatakan bahawa mereka menggunakan pelbagai cara untuk menarik minat orang Islam untuk memeluk agama Kristian lantas menimbulkan ketegangan antara penganut agama Kristian dan orang Islam. Adakah ini benar? Apakah reaksi pertama kita setelah membaca berita sebegini di dada akhbar? Apakah reaksi seterusnya pihak berkuasa agama?

Seorang bijak pandai telah mengutarakan pendapat beliau, 'jika orang bukan islam mahu mereka di hormati, mereka seharusnya juga menghormati orang Islam'....what's the issue? everyone should and must respect each other..


Baik. Lupakan sejenak peruntukan undang-undang. Marilah kita sama-sama belajar untuk berfikir dan bukan hanya cepat melatah. Siapakah antara orang Islam yang hadir pada majlis makan malam di gereja tersebut pada malam serbuan? Menurut bekas mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin, beliau telah berjumpa dengan seorang wanita yang hadir pada malam tersebut bersama-sama 11 lagi rakan yang turut terlibat. Wanita tersebut merupakan ibu tunggal dengan tiga orang anak yang cuba meraih bantuan pihak gereja setelah permohonan zakat daripada pihak berkuasa agama tidak dibantu. Agak hairan bila ibu tunggal di Selangor tidak mendapat bantuan sedangkan di Kelantan yang terkenal dengan kedaifan pun dapat menyalurkan sedikit bantuan kepada mereka.

Mana pegawai agama kita? Mana pungutan zakat berjuta ringgit yang di war-warkan di kaca televisyen dan di dada akhbar? Adakah orang kita hanya tahu menyalahkan dan meletakkan segala tuduhan kepada orang lain sedangkan saudara sendiri tidak di jaga?

Ternyata orang kita hanya sibuk berbalah sesama sendiri. Saling berlumba mengatakan yang agama aku lebih mulia dari agama kamu, ibadat aku lebih baik dari ibadat kamu. Apabila orang asing cuba memberi bantuan kepada saudara kita atas dasar kebajikan dan charity, maka dituduhnya pula cuba memesongkan akidah. Kita pula di mana saat saudara kita memerlukan?

Saya bukan bermaksud untuk merendahkan martabat pihak berkuasa agama, atau mempertahankan tindakan pihak kristian. Saya adalah seorang muslim yang menentang sekerasnya murtad dan usaha kearahnya. saya hanya ingin membawa kita semua kepada satu dimensi yang kita terlepas pandang. Mengajak untuk sama-sama berfikir dan mengambil tindakan sewajarnya dan merawat penyakit segolongan orang islam kita dari akar umbi.

STOP BLAMING ALL SINS ON OTHERS!!

p/s : Kepada sesiapa yang berkenaan
Takkanlah nak mohon zakat pun kena bawa "SURAT SOKONGAN"

p/s : Kepada sesiapa yang berpolitik untuk isi perut
Tinjau-tinjaulah isu ini..ketepikan fahaman politik sekejap

Wednesday, August 24, 2011

Tahniah untuk Semua...






TAHNIAH!!! CONGRATULATION!!!



Salam ramadhan kepada semua pengunjung blog ini..semoga beberapa hari yang berbaki di bulan barakah ini di isi dengan penuh keinsafan dan ibadah insyaAllah...



Kepada rakan-rakan seangkatan yang baru sahaja tamat pengajian di universiti-universiti tempatan dan luar negara, tahniah diucapkan kerana anda kini adalah salah seorang ilmuan yang menjadi tonggak harapan bangsa, negara dan agama tercinta. Khusus kepada graduan ijazah sarjan muda pengajian undang-undang (kepujian) UiTM Shah Alam, InsyaAllah bulan Oktober nati kita akan sama-sama hadir untuk istiadat konvokesyen.


Bagi yang telah mendaftar untuk program pengajian postgraduates, teruskan usaha menambah ilmu didada..semoga niat jihad anda meletakkan anda pada kedudukan yang lebih mulia sebagai orang yang lebih berilmu.



Kepada rakan-rakan yang berhasrat untuk mencari pengalaman kerja sebelum melangkah lebih jauh menuntut ilmu, sam2 doakan agar rezeki anda dipermudahkan dan anda dapat mengejar cita-cita yang diidamkan.

Dan sudah tentu bagi mereka yang telah mendapat pekerjaan dan inginkan sebuah kereta first car selepas bergraduasi sebagai binatang tunggangan (hahaha...), antara yang penting sebagai umat islam adalah memilih pihak insurance kenderan yang betul...saya akan berkongsi sedikit mengenai syarikat insuran yang menepati syariah islam bagi mengelak daripada terlibat dengan unsur-unsur haram...pada entry yang akan datang... TQ